Thursday, 20 March 2014

Terapi Pergerakan Kreatif

Definisi dan Konsep

Latihan melakukan pergerakan dan melakonkan aksi ataupun melakukan pergerakan mengikut rentak muzik bagi membantu murid-murid Pendidikan Khas mengekspresikan emosi dan perasaan mereka
  Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan.
  • Unsur  pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan
Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembangkan kesedaran dan fahaman konsep-konsep pergerakan
Terapi pergerakan kreatif memainkan peranan yang penting dalam membantu mengatasi masalah murid pendidikan khas.
Aktiviti terapi pergerakan kreatif ini banyak melibatkan pergerakan motor kasar,motor halus dan aktiviti bersosialisasi.
Kebiasaannya,aktiviti bagi terapi pergerakan kreatif ini dilakukan dengan adanya iringan muzik dan nyanyian.

Kepentingan
Aktiviti terapi pergerakan kreatif membantu murid-murid mengetahui mengenai emosi yang wujud dalam diri mereka seperti perasaan gembira,marah,keliru dan sedih serta membolehkan kanak-kanak meluahkan emosi dan perasaan mereka sendiri.
Dengan melakukan aktiviti seperti berlari,melompat,berpusing dan sebagainya akan meningkatkan lagi kemahiran murid menguasai kemahiran motor kasar bagi membantu murid-murid mengatasi masalah yang dialaminya.
Dapat merangsang murid untuk bergerakbalas positif terhadap sesuatu tindak balas.
Contohnya,guru meminta murid untuk  terbang seperti burung,murid akan dapat bertindakbalas dengan cepat dan melakukan apa yang diminta oleh guru itu.

No comments:

Post a Comment