Thursday, 20 March 2014

Terapi Cara Kerja




Kepentingan Terapi Cara Kerja
*      Membantu kanak-kanak dalam pekembangan asas seperti mandi, berpakaian, memberus gigi, dan makan sendiri.

*      Membantu kanak-kanak dengan gangguan perilaku emosi dengan mempelajari teknik-teknik penggurusan emosi. Sebagai contoh, tidak memukul orang lain ketika marah ataupun bertindak ganas bila menghadapi sebarang masalah.

*      Kanak-kanak akan belajar cara-cara yang positif untuk menghadapi kemarahan, seperti menulis tentang perasaan atau menyertai dalam aktiviti fizikal.

*      Mengajar kanak-kanak dengan kecacatan fizikal kemahiran koordinasi yang diperlukan seperti makan sendiri.

*      Menilai kemampuan setiap anak dalam setiap peralatan khusus seperti kerusi roda, peralatan mandi, dan pengurusan pakaian.

*      Menggunakan komputer, atau meningkatkan kelajuan dan keterbacaan tulisan tangan mereka



 Antara contoh-contoh aktiviti yang boleh dijalankan
Menghasilkan gelang tangan manik
Bahan –bahan yang diperlukan
ü  Manik
*      Warna kuning
*      Warna merah
*      Warna biru
ü  Tali
ü  Pembaris
ü  Gunting
Masa : 15 minit
Cara Perlaksanaan:
1. Ukur panjang tali sebanyak 13-15 cm dengan pembaris.
2. Potong benang dengan menggunakan gunting.
3. kemudian masukkan tali ke dalam lubang manik satu demi satu mengikut warna yang disediakan. Penuhkan manik hingga ke hujung tali
4. Akhir sekali, ikat hujung tali untuk membentuk gelang.


Membuat  Sandwich Sardin
Bahan –bahan yang diperlukan
ü  Roti sandwich
ü  Sardin
ü  Salad
ü  Timun
ü  Sudu
ü  Pinggan






Masa : 10 minit

Cara Perlaksanaan:
1. Ambil 2 keping roti
2. Sapukan sardin diatas roti dengan rata
3. Atur timun dan salad yang telah dihiris di atas inti
4. Tindih dengan kepingan roti sandwich dengan padat
5. Sandwich diletakkan di atas pinggan hidang



 Membuat Doh
 Bahan – bahan yang diperlukan
ü  2 cawan tepung
ü  1 cawan garam
ü  Pewarna makanan 4 sudu makan
ü  2 cawan air panas
ü  2 atau 3 sudu makan minyak masak

Cara perlaksanaan :
1. Campurkan pewarna makanan dan minyak masak dan garam ke dalam air panas.
2. Kacau hingga garam itu larut.
3. Curahkan campuran air panas tadi ke dalam mangkuk atau besen yang berisi tepung.
4. Uli doh tersebut sehingga sebati dan lembut. Simpan di dalam bekas bertutup.
5. Doh ini boleh digunakan berulang kali, sekiranya di simpan di dalam peti ais sehingga berbulan-bulan lamanya.


 Membungkus kerepek
 Bahan – bahan yang diperlukan
ü  Plastik lut sinar.
ü  Senduk
ü  Stapler
ü  Kerepek
ü  Penimbang Berat
ü  Bekas makanan



Cara pelaksanaan :
1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
2. Buka bahagian atas plastik.
3. Masukkan kerepek ke dalam plastik dengan menggunakan senduk.
4. Timbang bungkusan kerepek sebanyak 100 gram.
5. kemudian ’sealing’ bahagian atas menggunakan mesin sealing (jika ada)
6. -jika tiada,
7. Lipatkan bahagian atas plastik sebanyak 2 cm.
8. Kemudian, ’steapler’ bahagian yang dilipat bagi mengelakkan kerepek menjadi lemau.


No comments:

Post a Comment