Saturday, 15 March 2014

Tengok ARIANA ROSE. Teringat TERAPI KUDA


Selamat kembali semua. Entry kali ni gempak sikit..hehe.. Baca tajuk pun dah tak sabar nak tahu cerita kn?? hehe.. "Tengok ARIANA ROSE, Teringat TERAPI KUDA. Seperti semua sedia maklum, Ariana Rose ialah tajuk cerita yang mendapat sambutan ramai penonton di slot Akasia TV3. Cerita ini merupakan cerita yang diambil daripada novel "THE WEDDING BREAKER". Cerita memang bes sangat-sangat. Rugi kalau tak tengok. Yang penting sekali, dalam cerita ini diselitkan dengan Ariana yang suka membuat kebajikan terutama kepada kanak-kanak Pendidikan Khas. Salah satu yang menarik ialah, Ariana hendak melancarkan program TERAPI KUDA kepada kanak-kanak Khas. Dalam video di bawah menunjukkan sedikit babak TERAPI KUDA dijalankan dalam cerita ARIANA ROSE. 


Terapi berkuda banyak memberi manfaat antaranya dapat menyembuhkan berbagai penyakit/masalah seperti masalah mental, emosi, fizikal, bahasa, autisme, sindrom down dan lain-lain. Menurut Lisa Mc Callum iaitu seorang terapis berkuda. " Menunggang kuda adalah kegiatan menyenangkan bagi banyak orang, tapi bagi kanak-kanak yang memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu kaedah penyembuhan". 



Terapi kuda ini juga dikenali dengan Hippoterapi.  Hippo (badak air). Perkataan ini berasal daripada perkataan Yunani Kuno iaitu Hippocrates yang bermaksud kuda. Menurut Mosby (2001), terapi kuda ini dapat memberikan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah mengalami sebarang penyakit atau kecederaan bertujuan untuk mengembalikan kefungsian badan secara normal. Kesimpulannya, Hippoterapi bermaksud rawatan pemulihan dengan menggunakan kuda.  

 Faedahnya meliputi seluruh tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, termasuk fizikal dan mental. Penunggang kuda biasanya terhindar dari masalah sakit belakang. Membantu mencerahkan penglihatan mata kerana terdapat ransangan terhadap saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan ‘galloping’ kuda. Menuggang kuda baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Seluruh anggota dalam tubuh badan manusia termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum. Ini menjadikan penunggang kuda sihat dan bertenaga. Horse drawn litter in use for hippothe


Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah fizikal, misalnya lumpuh, berkuda adalah cara mereka menikmati kebebasan yang selama ini tidak mereka dapat semasa berada di atas kerusi roda. Duduk di atas kuda juga akan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan. Menurut McCallum, terapi berkuda memiliki tiga faedah utama, iaitu bersukan pendidikan pengubatan Ketiga-tiga perkara di atas sangat diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak khas. 

Menurut Chassigne Menunggang kuda sebagai terapi banyak memberi manfaat . Dalam catatannya menunggang kuda dapat membaiki imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan apa yang penting ia mendorong semangat penunggang.  Membantu individu yang memiliki masalah mental dan emosi, membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi. Membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara kuda dan penunggangnya. Membantu mengatasi rasa ketakutan (terapi emosi). 


Bagi melaksanakan terapi ini, pada permulaan terapis perlu memperkenalkan kuda kepada kanak-kanak iaitu mengajar mereka cara mendekati kuda, tempat yang selamat untuk berdiri berhampiran kuda, mengenali peralatan asas seperti pengekang, ladam, tali kekang, pelana, lilitan dan rakap . Kemudian, kanak-kanak diajar cara-cara menaiki kuda dengan selamat. Seterusnya kanak-kanak diajar cara-cara menuruni kuda dengan selamat. 



Setelah kanak-kanak mahir menaiki dan menuruni kuda mereka dibawa menunggang kuda mengelilingi sekitar kawasan terapi dengan bantuan jurulatih. Disamping itu, kanak-kanak juga diminta melakukan beberapa pergerakan mudah seperti mengangkat tangan, memegang pinggan, membongkok dan lain-lain.
 Menunggang sambil menyanyi adakalanya kanak-kanak akan mengikut jurulatih menyanyi lagu semasa menunggang kuda. Ini dapat memberikan mereka keseronokan dan kepuasan. Kita juga dapat meilhat keberanian kanak-kanak khas ini dengan menunggang menggunakan tali panjang. (longing) Kanak-kanak akan diajar menunggang kuda menggunakan tali panjang, Ini bermakna mereka menunggang kuda dengan sendiri tetapi jurulatih tetap mengawasi kuda tersebut dengan memegang tali kekang kuda yang panjang . Kuda akan mengelilingi jurulatih dalam jarak kepanjangan tali tersebut. 






Kesimpulannya, terapi berkuda atau hippo therapy merupakan satu aktiviti yang disarankan oleh Rasulullah SAW secara tidak langsung selain dari memanah dan berenang. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW : "Lemparkanlah (panah) dan tungganglah (kuda)." 
                                          (Riwayat Muslim)




Selamat berterapi kuda kawan-kawan :)




No comments:

Post a Comment