Entry kali ini nak cerita mengenai terapi pergerakan kreatif
yang telah dijalankan oleh kumpulan kami. Kumpulan kami merupakan kumpulan
pertama mengadakan amali bagi subjek terapi dalam pendidikan khas. Terapi ini
dilaksanakan di Gimnasium IPG Kampus Ipoh bersamaan dengan 8 Januari 2014. Sepanjang
2 jam, kami telah banyak membuat aktiviti-aktiviti terapi pergerakan kreatif
yang sesuai dengan murid pendidikan khas.
Objektif utama kami membuat terapi pergerakan kreatif ini
ialah untuk mengenalpasti keperluan terapi untuk perkembangan diri murid
bermasalah pembelajaran secara menyeluruh. Selain itu juga, kami melaksanakan
dan menilai aktiviti-aktiviti terapi yang bersesuaian dengan murid yang
bermasalah pembelajaran.
Sebelum memulakan amali terapi ini, kami telah mendedahkan
kepada rakan-rakan mengenai terapi pergerakan kreatif melalui pembentangan
power point. Antara kandungan yang terdapat dalam pembentangan tersebut ialah
definisi dan konsep, aspek pergerakan, aspek pergerakan kreatif, tujuan terapi,
kepentingan terapi pergerakan kreatif dan perancangan pergerakan kreatif. Kami
memberi sedikit info-info sebelum melaksanakan amali yang sebelum. Hal ini
memberi gambaran kepada pelatih sebelum melaksanakan aktiviti.
Selepas pembentangan dijalankan, kami meneruskan dengan
aktiviti amali pergerakan kreatif. Aktiviti pertama yang dijalankan di beri
tajuk “ Dengar dan Lakukan”. Aktiviti ini memerlukan murid mendengar arahan
guru, seterusnya melakukan pergerakan tersebut. Contohnya, guru
memberi arahan terbang seperti burung. Murid perlu melakukan pergerakan
tersebut bersama-sama guru. Hal ini bagi melatih murid mendengar sambil
melakukan pergerakan. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
imaginasi dan mencungkil pengalaman sedia ada murid mengenai persekitaran. Jadi,
sebagai bakal-bakal guru atau guru-guru boleh lah cuba aktiviti ini semasa
melakukan terapi pergerakan kreatif ok ?
Selepas
selesai aktiviti “Dengar dan Lakukan”, kami teruskan dengan aktiviti pergerakan
kreatif bertema. Tema yang kami ingin sampaikan ialah mengenai
pergerakan anggota badan mengikut rentak lagu. Kami menyelitkan lagu “Si
Tommy”. Antara lirik yang terdapat dalam lagu ini ialah “Tangan kanan ke depan,
ke belakang, depan belakang, mari goyangkan”. Aktiviti sebegini, mempunyai
unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya yang memudahkan
individu berkomunikasi dan samping meningkatkan potensi seperti ritma,
kreativiti, kebebasan dan pengucapan melalui pergerakan. Cikgu-cikgu kat luar
sana, boleh cuba lakukan aktiviti ini. Sebelum tu, download
video “Si Tommy” kt youtube dulu tau.
Aktiviti tak habis lagi tau. Masa diberikan 2 jam. Mesti kena habiskan
dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Kami teruskan dengan lagi dengan meminta
semua rakan melakukan pergerakan mengikut rentak lagu yang dimainkan secara
individu dan diikuti oleh rakan yang lain. Murid diminta melakukan pergerakan
mengikut rentak lagu. Murid yang lain mengikut. Antara aspek pergerakan kreatif
yang dilakukan oleh murid-murid tersebut ialah lokomotor dan bukan lokomotor
Seterusnya kami membuat pertandingan pergerakan kreatif dengan
menggunakan alatan yang diberikan kepada setiap kumpulan. Kesemua kumpulan
diberikan masa 5 minit untuk mereka cipta pergerakan mengikut rentak lagu
tersebut. Lagu tersebut ialah lagu “Bunga di sekitar kita”. Gambar-gambar di
bawah menunjukkan kumpulan yang membuat pergerakan kreatif menggunakan alatan.
Bagi acara kemuncak, kami menggabungkan kesemua kumpulan melakukan
pergerakan mengikut alatan yang mereka persembahkan. Acara kemuncak menarik
dipersembahkan. Idea-idea yang kami berikan boleh dibuat apabila mengajar di
sekolah kelak. InsyaAllah berguna untuk semua guru.
Aktiviti amali terapi pergerakan kreatif yang kami kongsikan adalah
untuk memberi pendedahan dan gambaran kepada pelatih guru atau guru-guru di
luar sana untuk menjalankan terapi ini kepada murid pendidikan khas. Seperti
yang kita ketahui terapi pergerakan kreatif ini merupakan rawatan pemulihan ke
atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami kecederaan
bertujuan untuk mengembalikan kefungsian badan secara normal. Di samping itu,
terapi ini ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak balas
terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Selamat menjalankan terapi pergerakan
kreatif ye. Tunggu post yang akan datang :)
No comments:
Post a Comment