Wednesday, 12 March 2014

KENALI TERAPI AROMA DALAM PENDIDIKAN KHAS

Assalamualaikum dan apa khabar semua....

Hari ini saya ingin ceritakan serba sedikit tentang terapi aroma.. Kenapa saya ingin menulis tentang terapi aroma?? kerana semasa lawatan unit major pendidikan khas ke UPSI pada 27 februari 2014 terdapat satu terapi yang sangat unik yang boleh digunakan untuk membantu merawat atau menenagkan kanak-kanak pendidikan khas melalui terapi aroma ini...Marilah kita sama-sama melihat apakah yang menarik tentang terapi ini...jommm

APAKAH AROMA TERAPI ?

Aroma terapi merupakan gabungan antara aroma iaitu wangian atau bauan yang hadir dari pati minyak 
dan terapi bermaksud bagaimana bauan tersebut diaplikasi untuk melegakan atau memulihkan simptom-simptom fizikal dan meningkatkan kesihatan mental.

Istilah ‘Aroma terapi’ terdiri daripada dua patah perkataan iaitu “Aroma” yang bermakna bau, atau haruman, dan “Therapy” yang bermakna rawatan.



Terapi aroma kepada kanak-kanak pendidikan khas 
Untuk pengetahuan para pembaca blog yang disayangi, terapi aroma sangat sesuai digunakan untuk kanak-kanak pendidikan khas kerana boleh berfungsi sebgai rawatan. 
Kebiasaanya, terapi aroma sesuai dijalankan ke atas kanak-kanak pendidikan khas yang mengalami masalah pembelajaran seperti berikut;
  • terencat akal
  • hiperaktif
  • autisma
  • lembam
  • sindrom down
  • ceberal palsy
Terapi aroma dapat membantu menenangkan minda dan emosi kanak-kanak khas serta membantu meningkatkan deria rangsangan bau.

Jenis bau-bauan yang digunakan dalam aroma terapi


1. Sweet Basil (Ocimum basillicum)



Basil dapat membantu mengatasi beberapa penyakit seperti; sakit perut, kejang otot, masalah pernafasan, flu dan demam, sakit kepala dan mudah gugup.


2. Basil Tulsi (Ocimum sanctum)



Basil tulsi berguna untuk menajamkan ingatan. Minyak esensial ini juga digunakan untuk mengubati selsema


3. Neroli (Citrus aurantium)




Neroli dapat menenangkan rasa cemas dan meringankan gejala depresi.


4. Peppermint (Mentha piperita)



Berguna untuk meringankan gejala migrain.


8. Mawar (Rose damascena)



Mawar memiliki aroma yang dapat menenangkan. Aroma ini seringkali disukai oleh wanita.


5. Rosemary (Rosemarinus officinalis)



Memiliki aroma yang segar sehingga dapat membangkitkan semangat.


6. Rosewood (Aniba roseodora)



Aroma rosewood boleh melegakan keletihan.


7. Kenanga (Cananga Odorata)



Memiliki aroma sangat eksotik. Berguna sebagai antidepresan, menurunkan tekanan darah dan menstabilkan mood.


8. Melati, Melur (Jasminum sambac)



Berguna untuk meringankan stres dan depresi


9. Serai



Serai berguna untuk  demam. 


10. Kayu Manis



Berguna untuk meredakan rasa sakit dan meningkatkan daya ingat.


No comments:

Post a Comment