Thursday, 20 March 2014

Terapi Cara Kerja




Kepentingan Terapi Cara Kerja
*      Membantu kanak-kanak dalam pekembangan asas seperti mandi, berpakaian, memberus gigi, dan makan sendiri.

*      Membantu kanak-kanak dengan gangguan perilaku emosi dengan mempelajari teknik-teknik penggurusan emosi. Sebagai contoh, tidak memukul orang lain ketika marah ataupun bertindak ganas bila menghadapi sebarang masalah.

*      Kanak-kanak akan belajar cara-cara yang positif untuk menghadapi kemarahan, seperti menulis tentang perasaan atau menyertai dalam aktiviti fizikal.

*      Mengajar kanak-kanak dengan kecacatan fizikal kemahiran koordinasi yang diperlukan seperti makan sendiri.

*      Menilai kemampuan setiap anak dalam setiap peralatan khusus seperti kerusi roda, peralatan mandi, dan pengurusan pakaian.

*      Menggunakan komputer, atau meningkatkan kelajuan dan keterbacaan tulisan tangan mereka



 Antara contoh-contoh aktiviti yang boleh dijalankan
Menghasilkan gelang tangan manik
Bahan –bahan yang diperlukan
ü  Manik
*      Warna kuning
*      Warna merah
*      Warna biru
ü  Tali
ü  Pembaris
ü  Gunting
Masa : 15 minit
Cara Perlaksanaan:
1. Ukur panjang tali sebanyak 13-15 cm dengan pembaris.
2. Potong benang dengan menggunakan gunting.
3. kemudian masukkan tali ke dalam lubang manik satu demi satu mengikut warna yang disediakan. Penuhkan manik hingga ke hujung tali
4. Akhir sekali, ikat hujung tali untuk membentuk gelang.


Membuat  Sandwich Sardin
Bahan –bahan yang diperlukan
ü  Roti sandwich
ü  Sardin
ü  Salad
ü  Timun
ü  Sudu
ü  Pinggan






Masa : 10 minit

Cara Perlaksanaan:
1. Ambil 2 keping roti
2. Sapukan sardin diatas roti dengan rata
3. Atur timun dan salad yang telah dihiris di atas inti
4. Tindih dengan kepingan roti sandwich dengan padat
5. Sandwich diletakkan di atas pinggan hidang



 Membuat Doh
 Bahan – bahan yang diperlukan
ü  2 cawan tepung
ü  1 cawan garam
ü  Pewarna makanan 4 sudu makan
ü  2 cawan air panas
ü  2 atau 3 sudu makan minyak masak

Cara perlaksanaan :
1. Campurkan pewarna makanan dan minyak masak dan garam ke dalam air panas.
2. Kacau hingga garam itu larut.
3. Curahkan campuran air panas tadi ke dalam mangkuk atau besen yang berisi tepung.
4. Uli doh tersebut sehingga sebati dan lembut. Simpan di dalam bekas bertutup.
5. Doh ini boleh digunakan berulang kali, sekiranya di simpan di dalam peti ais sehingga berbulan-bulan lamanya.


 Membungkus kerepek
 Bahan – bahan yang diperlukan
ü  Plastik lut sinar.
ü  Senduk
ü  Stapler
ü  Kerepek
ü  Penimbang Berat
ü  Bekas makanan



Cara pelaksanaan :
1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
2. Buka bahagian atas plastik.
3. Masukkan kerepek ke dalam plastik dengan menggunakan senduk.
4. Timbang bungkusan kerepek sebanyak 100 gram.
5. kemudian ’sealing’ bahagian atas menggunakan mesin sealing (jika ada)
6. -jika tiada,
7. Lipatkan bahagian atas plastik sebanyak 2 cm.
8. Kemudian, ’steapler’ bahagian yang dilipat bagi mengelakkan kerepek menjadi lemau.


Betapa Pentingnya Terapi bagi Kanak-kanak Pendidikan Khas

Keperluan Terapi
Murid Terencat Akal
Ø  Meningkatkan kemahiran berkmunikasi. 
Ø  Meningkatkan kemahiran akademik.   
Ø  Meningkatkan kemahiran psikomotor.   
Ø  Meningkatkan kemahiran bersosial dan emosi.  
Ø  Meningkatkan kemahiran hidup berdikari.   

Ø  Meningkatkan kemahiran berseronok.
   Murid Bermasalah Pembelajaran
Ø  Meningkatkan kemahiran kawalan tingkah-laku.
Ø  Meningkatkan kemahiran penglihatan dan pendengaran.  
Ø  Meningkatkan kemahiran akedemik  
Ø  Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.   
Ø  Meningkatkan kemahiran bermuzik.  
Ø  Meningkatkan kemahiran berseronok. 

  Murid Bermasalah Kesihatan
Ø  Intervensi dapat mengurangkan kesakitan dan membantu pergerakan. 
Ø  Intervensi mempunyai pengaruh positif pada otot
Ø  Intervensi menguatkan otot. 
Ø  Intervensi mengawal pergerakan fizikal. 
Ø  Menyediakan pengalaman berkomunikasi. 
Ø  Meningkatkan penghargaan diri. 
Ø  Sebagai peluang untuk meningkatkan kemahiran sosial. 

  Murid Bermasalah Komunikasi
Ø  Meningkatkan kemahiran pernafasan.  
Ø  Meningkatkan kemahiran reseptif dan ekspresif.  
Ø  Meningkatkan kemahiran artikulasi.  
Ø  Meningkatkan kemahiran kelancaran pertuturan.  
Ø  Meningkatkan kemahiran pembetulan suara.  
Ø  Memulihkan pertuturan dan bahasa individu afasia. 
Ø  Meningkatkan keyakinan diri, luahan emosi diri dan interaksi. 


Murid Autistik
Ø  Menghasilkan komunikasi.  
Ø  Meningkatkan kemahiran pertuturan dan bahasa.  
Ø  Meningkatkan kemahiran interaksi sosial.   
Ø  Meningkatkan kemahiran mengenal diri sendiri dan luahan emosi.   
Ø  Meningkatkan kemahiran kognitif.

Terapi Pergerakan Kreatif

Definisi dan Konsep

Latihan melakukan pergerakan dan melakonkan aksi ataupun melakukan pergerakan mengikut rentak muzik bagi membantu murid-murid Pendidikan Khas mengekspresikan emosi dan perasaan mereka
  Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan.
  • Unsur  pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan
Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembangkan kesedaran dan fahaman konsep-konsep pergerakan
Terapi pergerakan kreatif memainkan peranan yang penting dalam membantu mengatasi masalah murid pendidikan khas.
Aktiviti terapi pergerakan kreatif ini banyak melibatkan pergerakan motor kasar,motor halus dan aktiviti bersosialisasi.
Kebiasaannya,aktiviti bagi terapi pergerakan kreatif ini dilakukan dengan adanya iringan muzik dan nyanyian.

Kepentingan
Aktiviti terapi pergerakan kreatif membantu murid-murid mengetahui mengenai emosi yang wujud dalam diri mereka seperti perasaan gembira,marah,keliru dan sedih serta membolehkan kanak-kanak meluahkan emosi dan perasaan mereka sendiri.
Dengan melakukan aktiviti seperti berlari,melompat,berpusing dan sebagainya akan meningkatkan lagi kemahiran murid menguasai kemahiran motor kasar bagi membantu murid-murid mengatasi masalah yang dialaminya.
Dapat merangsang murid untuk bergerakbalas positif terhadap sesuatu tindak balas.
Contohnya,guru meminta murid untuk  terbang seperti burung,murid akan dapat bertindakbalas dengan cepat dan melakukan apa yang diminta oleh guru itu.

Wednesday, 19 March 2014

LAWATAN KE BILIK TERAPI DI UPSI...

Hai semua..

Tadi saya ada postkan mengenai terapi snoozeland...semua dah baca..??
harap rakan-rakan dah baca...=)
jadi, skarang saya nak postkan pula cerita tentang pengalaman bermakna yang telah saya dapat semasa lawatan ke bilik-bilik terapi di UPSI...yeayyy, tak sabarnya saya nak tunjukkan kepada rakan-rakan semua...haha

Nak tahu tak apa yang menarik di UPSI di bawah Jabatan Pendidikan Khas...?
menariknya ialah ada ada bilik-bilik terapi...
yang paling best ada bilik terapi snoozeland atau juga dikenali sebagai terapi multisensori...beribu-ribu tau nak wujudkan bilik terapi ni...huhu
Jom kita sama-sama lihat apa yang best kat bilik terapi snozeland ni...












macam mane..? menarik kan bilik macam ni...
nanti kat sekolah, saya nak buat laa bilik seperti ini...tapi, sebab kos nya mahal...usah risau dan khuatir...kalau nak jadi cikgu mestilah kreatif dan berinovatif....kebanyakan bahan dan alat yang terdapat di dalam bilik terapi snoozeland ini boleh diubahsuai dan dibuat sendiri oleh guru...nak jadi guru kena lah kreatif barulah guru besar sayang...cewaahhhh.....

my future school, waiting for me yer....nanti saya hias bilik kat sana supaya jadi menarik dan bermanfaat macam ni.,.huhu..

TERAPI SNOEZELAND



Tuesday, 18 March 2014

Bintang-Bintang Berkelipan





TERAPI PASIR

Apakah itu terapi pasir?

 Teknik psikoterapeutik yang membolehkan pesakit menyusun objek kecil dalam kotak mengandungi pasir dan membina ‘dunia pasir’ mengikut dimensi dunia realitinya ( Malinda & William (2000),)

  •    Aktiviti imaginatif dalam pasir
  •  Bayangan asli untuk proses individuation
  • Teras perasaan yang terdalam
  •   Manifestasi dilihat bahan bawah sedar
  •   Bahasa simbolik untuk komunikasi
  • Persekitaran yang selamat dan menerima
  •  Dalam ruang diikat
  • Dengan atau tanpa air
  •   Dengan atau tanpa objek
  • Dunia statik atau bergerak
  •  Anjung kepada terapi
  •  Digunakan bagi kanak-kanak, orang dewasa, pasangan, keluarga dan kumpulan


Kepentingan Terapi Pasir

 1.     Membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan.
 2.     Membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi
 3.     Merangsang pemikiran murid
 4.      Mengurangkan tekanan emosi
 5.      Membantu meningkatkan kemahiran sosial
 6.      Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
 7.  Membantu meningkatkan keupayaan motor halus melalui aktiviti dalam terapi pasir.




Saturday, 15 March 2014

Tengok ARIANA ROSE. Teringat TERAPI KUDA


Selamat kembali semua. Entry kali ni gempak sikit..hehe.. Baca tajuk pun dah tak sabar nak tahu cerita kn?? hehe.. "Tengok ARIANA ROSE, Teringat TERAPI KUDA. Seperti semua sedia maklum, Ariana Rose ialah tajuk cerita yang mendapat sambutan ramai penonton di slot Akasia TV3. Cerita ini merupakan cerita yang diambil daripada novel "THE WEDDING BREAKER". Cerita memang bes sangat-sangat. Rugi kalau tak tengok. Yang penting sekali, dalam cerita ini diselitkan dengan Ariana yang suka membuat kebajikan terutama kepada kanak-kanak Pendidikan Khas. Salah satu yang menarik ialah, Ariana hendak melancarkan program TERAPI KUDA kepada kanak-kanak Khas. Dalam video di bawah menunjukkan sedikit babak TERAPI KUDA dijalankan dalam cerita ARIANA ROSE. 


Terapi berkuda banyak memberi manfaat antaranya dapat menyembuhkan berbagai penyakit/masalah seperti masalah mental, emosi, fizikal, bahasa, autisme, sindrom down dan lain-lain. Menurut Lisa Mc Callum iaitu seorang terapis berkuda. " Menunggang kuda adalah kegiatan menyenangkan bagi banyak orang, tapi bagi kanak-kanak yang memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu kaedah penyembuhan". 



Terapi kuda ini juga dikenali dengan Hippoterapi.  Hippo (badak air). Perkataan ini berasal daripada perkataan Yunani Kuno iaitu Hippocrates yang bermaksud kuda. Menurut Mosby (2001), terapi kuda ini dapat memberikan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah mengalami sebarang penyakit atau kecederaan bertujuan untuk mengembalikan kefungsian badan secara normal. Kesimpulannya, Hippoterapi bermaksud rawatan pemulihan dengan menggunakan kuda.  

 Faedahnya meliputi seluruh tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, termasuk fizikal dan mental. Penunggang kuda biasanya terhindar dari masalah sakit belakang. Membantu mencerahkan penglihatan mata kerana terdapat ransangan terhadap saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan ‘galloping’ kuda. Menuggang kuda baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Seluruh anggota dalam tubuh badan manusia termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum. Ini menjadikan penunggang kuda sihat dan bertenaga. Horse drawn litter in use for hippothe


Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah fizikal, misalnya lumpuh, berkuda adalah cara mereka menikmati kebebasan yang selama ini tidak mereka dapat semasa berada di atas kerusi roda. Duduk di atas kuda juga akan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan. Menurut McCallum, terapi berkuda memiliki tiga faedah utama, iaitu bersukan pendidikan pengubatan Ketiga-tiga perkara di atas sangat diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak khas. 

Menurut Chassigne Menunggang kuda sebagai terapi banyak memberi manfaat . Dalam catatannya menunggang kuda dapat membaiki imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan apa yang penting ia mendorong semangat penunggang.  Membantu individu yang memiliki masalah mental dan emosi, membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi. Membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara kuda dan penunggangnya. Membantu mengatasi rasa ketakutan (terapi emosi). 


Bagi melaksanakan terapi ini, pada permulaan terapis perlu memperkenalkan kuda kepada kanak-kanak iaitu mengajar mereka cara mendekati kuda, tempat yang selamat untuk berdiri berhampiran kuda, mengenali peralatan asas seperti pengekang, ladam, tali kekang, pelana, lilitan dan rakap . Kemudian, kanak-kanak diajar cara-cara menaiki kuda dengan selamat. Seterusnya kanak-kanak diajar cara-cara menuruni kuda dengan selamat. 



Setelah kanak-kanak mahir menaiki dan menuruni kuda mereka dibawa menunggang kuda mengelilingi sekitar kawasan terapi dengan bantuan jurulatih. Disamping itu, kanak-kanak juga diminta melakukan beberapa pergerakan mudah seperti mengangkat tangan, memegang pinggan, membongkok dan lain-lain.
 Menunggang sambil menyanyi adakalanya kanak-kanak akan mengikut jurulatih menyanyi lagu semasa menunggang kuda. Ini dapat memberikan mereka keseronokan dan kepuasan. Kita juga dapat meilhat keberanian kanak-kanak khas ini dengan menunggang menggunakan tali panjang. (longing) Kanak-kanak akan diajar menunggang kuda menggunakan tali panjang, Ini bermakna mereka menunggang kuda dengan sendiri tetapi jurulatih tetap mengawasi kuda tersebut dengan memegang tali kekang kuda yang panjang . Kuda akan mengelilingi jurulatih dalam jarak kepanjangan tali tersebut. 






Kesimpulannya, terapi berkuda atau hippo therapy merupakan satu aktiviti yang disarankan oleh Rasulullah SAW secara tidak langsung selain dari memanah dan berenang. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW : "Lemparkanlah (panah) dan tungganglah (kuda)." 
                                          (Riwayat Muslim)




Selamat berterapi kuda kawan-kawan :)




Thursday, 13 March 2014

ZIKIR TERAPI DIRI

Keajaiban Zikir Terapi Diri


GAYA Hafiz yang berjubah sewaktu menghiburkan para hadirin.


PERCAYA atau tidak zikir terapi yang diadun bersama dengan alunan muzik boleh membantu dalam menjayakan sesuatu kaedah rawatan menerusi perubatan alternatif. 

Hafiz Hamidun yang mempopularkan irama zikir yang berteraskan ayat-ayat al-Quran turut merasai kesannya sewaktu dia menjalani pembedahan mata baru-baru ini. 

Menurut penyanyi berusia 29 tahun ini, dia mengakui irama zikir terapi banyak membantunya meringankan tekanannya sewaktu proses pembedahan itu dijalankan.

"Pembedahan itu dilakukan oleh Prof. Dr. Muhaya Muhammad pada Mei tahun lepas. Masa pembedahan itu lagu-lagu zikir terapi telah dipasang dan saya telah menghayatinya.

"Walaupun pembedahan secara lasik bagi membetulkan selaput mata itu dilakukan dalam keadaan saya sedar tanpa menggunakan ubat bius tetapi saya tidak berasa sakit.

"Lima belas minit daripada rakaman pembedahan mata saya itu telah disiarkan di laman video YouTube di Internet dan sehingga kini ia ditonton oleh lebih 45,000 penonton," katanya kepada Hits.

Hafiz mendedahkan tentang keberkesanan zikir terapi bukan sahaja untuk tujuan hiburan tetapi juga membantu dalam kaedah perubatan di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Pada majlis itu dia yang juga seorang pengacara melancarkan album Zikir Terapi keduanya terbitan syarikatnya, Arteffects Sdn. Bhd. yang diedarkan oleh Warner Music sejak bulan lalu.

Selepas pembedahan itu yang turut dibantu dengan alunan irama lagu-lagu zikir terapi nyanyiannya matanya yang rabun kini telahpun pulih seperti sediakala.

"Kebetulan selepas pembedahan itu, pada sebelah malamnya saya ada persembahan nyanyian. Sebelum persembahan itu saya sempat menunaikan solat fardhu Maghrib.

"Alangkah terkejutnya saya apabila saya buat pertama kalinya dapat melihat gambar di sejadah saya dengan jelas tanpa menggunakan cermin mata sejak 15 tahun lamanya.

"Ketika solat Maghrib itu hati saya sebak kerana Allah telah memberikan semula nikmat penglihatan kepada saya. Saya menelefon Dr. Muhaya dan ucapkan terima kasih kepadanya.

"Saya anggap tidak sia-sia album Zikir Terapi 1 yang saya terbitkan sebelum ini kerana ia membantu pesakit yang sedang menjalani rawatan termasuk saya sendiri," ujarnya.

Tambah penyanyi berusia 29 tahun ini, dia yakin lagu-lagu berkonsepkan irama zikir terapi yang berteraskan ayat-ayat al-Quran semakin menjadi perhatian dalam masyarakat.

Kata Hafiz, banyak pusat-pusat perubatan termasuklah juga pusat-pusat spa yang menyiarkan lagu-lagu seperti itu dalam premis-premis mereka.

"Kalau dulu orang gunakan lagu-lagu zikir terapi ini untuk menghafal ayat-ayat yang baik-baik terutama ayat-ayat al-Quran tetapi sekarang ia menjadi peneman orang sakit pula," katanya.


#KREDIT 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130911/hi_01/Keajaiban-Zikir-Terapi-Diri#ixzz2vq1WcbJG
© Utusan Melayu (M) Bhd 




Jommm sama-sama menonton video dari Album Zikir Terapi Diri yang dihasilkan oleh penyanyi Hafiz Hamidun ini...=)
Moga mendapat ketengangan dan kedamaian...#inshaallah

Album ini memiliki 10 buah lagu dengan 1 lagu bonus.

1. Astaghfirullah

2. La Ilaha Illallah

3. Subhanallah

kalau nak lihat lagi video-video terapi zikir yang lain sila-sila lah singah di #youtube yer...inshaallah, bila kita bersihkan diri kita dengan terapi zikir hati akan tenang, tenteram dan bahagia....assalamualaikum....checkedout

4. Taubatan Nasuha

5. Hasbi Rabbi

6. La Hawla Wa La

7. Alhamdulillah

8. Ya Zaljala

9. Ya Latif

10. Allah

11. Law Kana Bainana (Lagu Bonus)